Saturday, July 24, 2010

Syaaban

Syaaban adalah bulan kelapan dalam kalendar Islam. Syaaban ertinya berpecah-belah dan bulan ini dinamakan sedemikian kerana suku-suku Arab berpecah-belah pergi mencari air. Dalam bulan ini telah terjadi peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu peralihan Kiblat dari Masjid al-Aqsa ke Ka'bah di Masjidil Haram. Semenjak peristiwa itu, sembahyang ditunaikan dengan menghadap Ka'bah sebagai Kiblat.
Syaaban merupakan salah satu bulan yang mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga dengan bulan Rejab dan Ramadhan yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah di dunia dan di akhirat, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud, dari Aisyah radhiallahu 'anha kira-kira bermaksud:

"Bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam akan berpuasa di dalam bulan Syaaban kemudian meneruskannya di dalam bulan Ramadhan".


Oleh sebab itu tidak hairanlah seandainya ramai umat Islam yang sebelumnya susah untuk berpuasa sunat, kembali mengerjakan ibadat tersebut pada bulan Syaaban. Amalan-amalan yang baik dilakukan pada bulan ini ialah bersedekah, bersembahyang sunat, bertasbih, memohon keampunan daripada Allahsubhanahu wa ta'ala, berwirid dan lain-lain amalan yang boleh membantu mendekatkan diri kepada Allah.

Sumber:http://www.religious-affairs.gov.bn

No comments:

Post a Comment