Monday, December 29, 2008

Kelahiran



Maal Hijrah atau juga dikenali sebagai Awal Muharam merupakan suatu hari yang amat penting bagi umat Islam di seluruh dunia.

Membawa maksud hijrah atau berpindah, umat Islam memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah dalam tahun 622 Masihi. Pengertian hijrah jua kini diperluaskan skopnya yang membawa maksud perubahan seseorang individu dari masa silam yang suram kepada masa depan yang lebih baik.

Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Awal Muharam juga menandakan tahun baru dalam kalendar Islam

Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Sempena tahun baru hijrah ini jua, blog surau ini dimuat naik kedalam blog untuk kegunaan kita bersama. Semoga usaha ini akan membawa kebaikan kepada semua.

Insya Allah.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430.