Saturday, November 14, 2009

Ibadah Haji

Assalamualaikum,
Musim haji, akan tiba lagi..... lirik lagu yang bakal kedengaran di corong-corong radio dan kaca TV tidak lama lagi. Dalam pada kita semua membuat persiapan untuk menyambut Aidil Adha, marilah kita sama-sama meluangkan sedikit masa untuk memahami dan memperingati kembali apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan Ibadah Haji ini.

Pengertian Haji
Haji ialah mengunjungi Baitullah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu untuk mengerjakan ibadah yang tertentu.

Umrah ialah menziarahi Kaabah pada bila-bila masa untuk mengerjakan tawaf, saie dan bercukur mengikut syarat-syarat yang tertentu.

1. Syarat wajib haji dan umrah:

(a) Islam tidak wajib ke atas orang kafir.
(b) Berakal tidak wajib ke atas orang gila.
(c) Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
(d) Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya.
(e) Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.

2. Dalil wajib haji ke atas orang yang berkemampuan. Firman Allah S.WT.

Maksudnya: Dan mengerjakan haji itu wajib atas manusia kerana Allah, bagi mereka yang berkemampuan mengadakan perjalanan ke Baitullah.

3. Maksud istitaah @ berkemampuan:

(a) terjamin keselamatan diri, nyawa, dan harta semasa dalam perjalanan.
(b) mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik.
(c) mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan.
(d) ada kesempatan untuk mengerjakan haji.
(e) bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin danpada suaminya.

RUKUN HAJI

Rukun haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan dalam ibadah haji. Jika tertinggal salah satu daripadanya, maka tidak sah hajinya dan wajib diganti semula pada tahun hadapan.

Rukun haji ialah :

1. Niat Ihram haji

2. Wukuf di Arafah
Berhenti seketika di Arafah antara waktu gelincir matahari (Zohor) 9 Zulhijjah hingga
terbit
fajar 10 Zulhijjah.

3. Tawaf di Baitullah
Tawaf bermaksud mengelilingi Baitullahil­Haram sebanyak tujuh pusingan kerana
beribadat kepada Allah S.W.T. mengikut syarat-syarat yang tertentu.


Amalan tersebut menyamai amalan malaikat yang mengelilingi Arasy Allah S.W.T. dan
bertasbih memuji kebesaran­Nya.


Tawaf terbahagi kepada empat jenis, iaitu:

(a) Tawaf Qudum; iaitu Tawaf Selamat Datang ke Makkah yang dilakukan oleh
mereka yang mengerjakan haji secara ifrad;

(b) Tawaf Ifadah, iaitu Tawaf Rukun yang wajib dilakukan dalam ibadat haji atau
umrah;

(c) Tawaf Widak, iaitu Tawaf Selamat Tinggalbagi jemaah haji yang hendak
meninggalkan Makkah;

(d) Tawaf Sunat, iaitu ketika jemaah haji menziarahi Masjidil-Haram.

Syarat-syarat sah tawaf ialah:

(a) niat kerana Allah semata-mata bukan kerana tujuan lain
(b) suci drp hadas kecil dan besar serta dari sebarang najis
(c) sentiasa mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan
(d) menutup aurat
(e) tawaf di dlm masjid dan di luar Kaabah tujuh kali pusingan dengan yakin
(f) bermula dari sudut Hajar Aswad.

4. Saie
Berjalan (berlari anak) dari Safa ke Marwah berjalan (berlari anak) dari Safa ke Marwah
sebanyak 7 kali

Syarat-syarat Saie ;

a) Dilakukan selepas Tawaf Rukun/Qudum
b) Bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah
c) Cukup 7 kali dengan yakin iaitu dikira sekali dari Safa ke Marwah dan sekali drp Marwah
ke Safa
d) Hendaklah sampai ke penghujung tempat Saie di Safa dan Marwah
e) Hendaklah Saie di Batnu Wadi (tempat yang telah ditetapkan)
f) Hendaklah saie semata-mata kerana Allah, bukan tujuan yang lain

5. Bercukur
Mengunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut

Waktu bercukur adalah ;

a) selepas melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijah atau
b) selepas Tawaf dan Saie jika jemaah haji memilih terus ke Mekah

6. Tertib
Rukun-rukun haji hendaklah dilakukan mengikut susunan tetapi bercukur boleh dikerjakan
sebelum tawaf bagi orang yang melakukan tahalul awal.

No comments:

Post a Comment