Saturday, July 24, 2010

Gotong Royong Membersihkan Surau Desa Impiana

Memandangkan bulan Ramadhan kian menjelma dan sepertimana biasa kita semua akan kembali menjalankan solat terawih, pihak Surau Desa Impiana ingin mengambil kesempatan ini untuk memanggil semua rakan-rakan di Desa Impiana ini untuk bersama-sama bergotong royong membersihkan Surau Desa Impiana untuk keselesaan kita semua nanti. Mana yang kotor kita bersihkan. Mana yang rosak kita gantikan. Mana yang kurang kita cuba perbaiki selagi mampu.

Adalah diharapkan, rakan-rakan sekalian dapat hadir ke Surau Desa Impiana pada 25hb Julai 2010 (hari Ahad) jam 4:30 petang. Kita akan mulakan dengan Solat Asar secara berjemaah dan kemudian bersama-sama membersihkan surau kita.

Tarikh: 25 Julai 2010 (AHAD)

Masa: 4:30 petang


Untuk makluman rakan-rakan semua, pihak surau juga sedang cuba untuk mendapatkan khidmat Imam secara tetap untuk menghidupkan surau ini dengan solat terawih secara berjemaah sepanjang bulan Ramadhan ini. Selain dari peruntukan yang agak terhad, pihak surau juga mengharapkan sokongan dari semua pihak untuk turut sama mengambil kesempatan untuk turut serta sepanjang Ramadan tahun ini.

Kepada rakan-rakan yang ingin membuat sumbangan, tuan-puan bolehlah berbuat demikian terus ke akaun seperti dibawah:

NAMA AKAUN : AKAUN SURAU DESA IMPIANA

NO AKAUN : 562777204505

BANK : MAYBANK TAMAN PUCHONG PRIMA


Semoga tuan-puan diberkati. Insya Allah


No comments:

Post a Comment