Friday, August 14, 2009

SOLAT TERAWIH DI SURAU DESA IMPIANA

Assalamualaikum kepada Muslimin dan Muslimat yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa Surau Desa Impiana akan turut mengadakan Solat Terawih sepanjang bulan Ramadhan ini. Solat Terawih ini akan diketuai oleh 2 orang pelajar Tahfiz yang akan turut bersama dengan kita sepanjang bulan Ramadhan ini untuk mengimamkan solat dan juga melaksanakan aktiviti-aktiviti lain yang akan ditentukan nanti. Sekiranya sambutan dari penduduk Desa Impiana memberangsangkan, Jawatankuasa Surau akan menimbangkan untuk meneruskan lagi khidmat 2 pelajar Tahfiz ini selepas bulan Ramadhan juga.

Pihak Jawatankuasa Surau juga buat masa ini sedang berusaha mendapatkan dana untuk memasang tirai bagi ruang solat Muslimah. Insya Allah, tirai ini akan disiapkan di dalam masa terdekat ni. Selain dari itu, Jawatankuasa Surau juga sedang berusaha untuk mendapatkan alat pembesar suara (PA System) sebelum bermulanya Solat Terawih nanti. Besar harapan pihak jawatankuasa surau agar kita sama-sama dapat melaksanakan Ibadah Terawih ini dengan berjemaah di surau kita ini.

Segala kerjasama dari Muslimin dan Muslimat terutamanya para penduduk Desa Impiana ini kami dahulukan dengan ribuan terima kasih. Pihak Surau amat berharap agar Surau Desa Impiana ini dapat memberi ruang kepada kita semua dan menjadikan kehidupan kita semua muslimin dan muslimat diberkati, bermasyarakat dan dapat saling tolong menolong sesama jiran kita tanpa mengira pangkat, agama dan bangsa

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami.

(Fadzlee - 012-3139622, Denny - 012-4897859, Sabri – 019-3614279)

Ahli Jawatankuasa Surau Desa Impiana

Pihak Jawatankuasa juga amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari muslimin dan muslimat semua.

NAMA AKAUN : AKAUN SURAU DESA IMPIANA

NO AKAUN : 562777204505


BANK : MAYBANK TAMAN PUCHONG PRIMA


Tuesday, August 4, 2009

Untuk makluman semua....

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari
Rabu malam Khamis ( sebaik saja masuk maghrib), 5hb August, 2009 (selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1430H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)

  • Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
  • Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
  • Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x



2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)

  • i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
  • ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
  • iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
  • Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
  • Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)


3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

  • 1. Malam Dimustajabkan Doa
  • 2. Malam Pembahagian Takdir
  • 3. Malam Rahmat
  • 4. Malam Berkat
  • 5. Malam Pengampunan (Taubat)
  • 6. Malam Penebusan
  • 7. Malam Syafaat
  • 8. Malam Penulisan
  • 9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
  • 10. Malam Rezeki
  • 11. Malam Hari Raya Para Malaikat
  • 12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'abankerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab membawa erti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya,

"Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Wallahua'alam

Monday, April 27, 2009

Hebahan Rasmi Surau

SUMBANGAN IKHLAS

Makluman secara rasmi penubuhan akaun bank dan tabung Surau Desa Impiana telah diedarkan oleh pihak Jawatankuasa Surau Desa Impiana melalui Badan Pengurusan Bersama Kondominium Desa Impiana. (JMB) baru-baru ini.

Sehubungan dengan ini, Pihak Jawatankuasa Surau mengalu-alukan sebarang sumbangan dari pihak orang ramai yang ingin menaja sebarang kemudahan di surau kita ini.



Sumbangan berupa wang ringgit boleh dimasukkan terus ke akaun bank seperti berikut:-

Akaun: Maybank 562777204505
Nama : Akaun Surau Desa Impiana

Manakala yang ingin menyumbangkan barangan adalah digalakkan agar dapat menghubungi mana mana AJK surau terlebih dahulu. Ini untuk mengelakkannya daripada berlakunya pertindihan sumbangan dari orang ramai nanti.

......................................................................................................................................................

Kelas Mengaji Al-Quran

Pihak Jawatankuasa juga sedang merancang untuk mengadakan Kelas membaca Al Quran.
Bagi para jemaah yang berminat bolehlah berhubung dengan Jawatankuasa Surau seperti yang disenaraikan.


Tuesday, February 24, 2009

Mengaji...

Sukacita dimaklumkan bahawa salah seorang rakan kita telah berjaya menghubungi seorang Ustadz yg berminat utk mengajar Quran / Iqra’ di Surau kita.

Sebelum kita teruskan dengan kelas tersebut, kita akan adakan promosi dan sekaligus bancian utk mendapatkan jumlah anak-anak/penuntut yg berminat utk belajar di surau kita itu.

Bancian ini meliputi :

1. Jumlah anak-anak / penuntut.
2. Umur.
3. Iqra’ / Quran.
4. Hari & waktu yg sesuai.
5. Jumlah kelas seminggu.
6. Jumlah sumbangan yg sesuai untuk guru tersebut.

Sebarang saranan / pendapat utk membolehkan kita mendapat jumlah penduduk yg berminat dgn tepat amatlah di alu – alu kan.

Buat masa ini Ustadz tersebut cuma mengajar dari rumah ke rumah dan beliau kini menetap di Putra Perdana.

Monday, February 16, 2009

Akaun Surau Desa Impiana

Sukacita dimaklumkan bahawa Akaun Surau Desa Impiana telahpun diwujudkan atas nama berikut:-

NAMA AKAUN : AKAUN SURAU DESA IMPIANA

NO AKAUN : 562777204505


BANK : MAYBANK TAMAN PUCHONG PRIMA

Sekian, harap terima kasih

MOHD FADZLEE BIN MALIK
Surau Desa Impiana
Taman Puchong Prima

Friday, February 13, 2009

Pertemuan kali pertama

Secara rasminya aktiviti surau kita bermula pada 19 November 2008.

Selepas menunaikan solat Asar, mesyuarat pembentukan jawatankuasa diadakan dan dipengurusikan oleh Dr Hassan.

Berikut adalah minit mesyuarat yang berkaitan.

Thursday, February 12, 2009

Perkembangan terkini surau kita...

Desa Impiana Kondominium, Jalan Prima Utama 2, Taman Puchong Prima
47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan

GPS Coordinate:
( 2°59'42.05"N / 101°35'34.77"E )

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Surau Desa Impiana

Laluan ke surau dari bangunan utama dan kolam renang

Pintu masuk utama ke ruang solat

Ruang solat muslimah... masih dalam perancangan pemasangan tirai


Ruang solat lelaki

Tempat wuduk