Friday, August 14, 2009

SOLAT TERAWIH DI SURAU DESA IMPIANA

Assalamualaikum kepada Muslimin dan Muslimat yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa Surau Desa Impiana akan turut mengadakan Solat Terawih sepanjang bulan Ramadhan ini. Solat Terawih ini akan diketuai oleh 2 orang pelajar Tahfiz yang akan turut bersama dengan kita sepanjang bulan Ramadhan ini untuk mengimamkan solat dan juga melaksanakan aktiviti-aktiviti lain yang akan ditentukan nanti. Sekiranya sambutan dari penduduk Desa Impiana memberangsangkan, Jawatankuasa Surau akan menimbangkan untuk meneruskan lagi khidmat 2 pelajar Tahfiz ini selepas bulan Ramadhan juga.

Pihak Jawatankuasa Surau juga buat masa ini sedang berusaha mendapatkan dana untuk memasang tirai bagi ruang solat Muslimah. Insya Allah, tirai ini akan disiapkan di dalam masa terdekat ni. Selain dari itu, Jawatankuasa Surau juga sedang berusaha untuk mendapatkan alat pembesar suara (PA System) sebelum bermulanya Solat Terawih nanti. Besar harapan pihak jawatankuasa surau agar kita sama-sama dapat melaksanakan Ibadah Terawih ini dengan berjemaah di surau kita ini.

Segala kerjasama dari Muslimin dan Muslimat terutamanya para penduduk Desa Impiana ini kami dahulukan dengan ribuan terima kasih. Pihak Surau amat berharap agar Surau Desa Impiana ini dapat memberi ruang kepada kita semua dan menjadikan kehidupan kita semua muslimin dan muslimat diberkati, bermasyarakat dan dapat saling tolong menolong sesama jiran kita tanpa mengira pangkat, agama dan bangsa

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami.

(Fadzlee - 012-3139622, Denny - 012-4897859, Sabri – 019-3614279)

Ahli Jawatankuasa Surau Desa Impiana

Pihak Jawatankuasa juga amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari muslimin dan muslimat semua.

NAMA AKAUN : AKAUN SURAU DESA IMPIANA

NO AKAUN : 562777204505


BANK : MAYBANK TAMAN PUCHONG PRIMA


No comments:

Post a Comment